Tuesday, 15 November 2016

Bekas Menteri Gila Seks. Cuba Buat Tak Senonoh Dengan Pegawai Wanita


Bekas Menteri Gila Seks. Cuba Buat Tak Senonoh Dengan Pegawai Wanita | Difahamkan ada seorang wanita mendakwa telah beberapa kali menjadi mangsa gangguan seksual seorang bekas Menteri Kabinet sepanjang masa kira-kira setahun tugasnya di sebuah kementerian.


Mangsa juga difahamkan sudah membuat laporan polis dan mendakwa mula diganggu sejak beberapa bulan dia memegang jawatan yang memerlukan wanita itu berurusan secara bersendirian dengan bekas menteri itu.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan mangsa yang mula bertugas sejak tahun 2014 mendakwa telah dipeluk dan pernah cuba dicium oleh individu itu.

Malah bekas majikannya itu juga dipercayai telah beberapa kali bertindak mencabul mangsa dengan meraba wanita berkenaan.

Laporan itu menyebut, mangsa yang berasa kurang selesa dan kecewa dengan siri gangguan seksual terbabit, beberapa kali membantah dan menegur perbuatan bekas majikannya itu.

Sebelum ini, wanita berkenaan mengakui dia tidak mempunyai keberanian untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan bekas majikannya itu seorang yang berpengaruh ketika itu.

Ini kerana mangsa beranggapan dirinya yang kerdil dan tidak berdaya untuk meyakinkan pihak polis serta pihak kementerian tentang kejadian berkenaan memandangkan bekas majikannya itu seorang berjawatan tinggi dan berpengaruh.

Bagaimanapun, mangsa mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu setelah dakwaan itu tersebar di media sosial.

Pada 26 Oktober lalu, pengendali portal, Raja Petra Kamarudin menerusi www.malaysia-today.net mendakwa seorang bekas menteri pernah terlibat dengan pelbagai tuduhan gangguan seksual.

Dalam pada itu, bekas Menteri yang didakwa itu enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya sekadar menjelaskan dakwaan itu hanyalah fitnah. – pru14.tv

Aida Natasya

Ketika informasi berada di hujung jari. Kebenaran pasti akan menutupi kebatilan yang merajai hati dan fikiran yang di rasuki oleh kejahilan tingkat tinggi.


Disclaimer : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang di paparkan di sini. Segala komen adalah tertakluk kepada pemberi komen. Mana-mana komen yang di sifatkan menyalahi undang-undang akan di remove serta merta.