Harga Terkini Minyak Masak Malaysia

Harga Terkini Minyak Masak Malaysia Mulai 1 November 2016. Berapa harga minyak masak dalam botol dan paket di Malaysia susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga? Harga minyak masak dalam paket 1KG akan kekal pada RM2.50 sekilogram. Namun, subsidi akan dihapuskan untuk minyak masak selain daripada paket 1KG. Pengumuman harga minyak masak terkini telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada hari Rabu 26 Oktober 2016. Harga minyak masak terkini di Malaysia ini akan mula berkuatkuasa dari 1 November 2016.

Harga Minyak Masak Terkini

Senarai Harga Minyak Masak Terkini Mulai 1 November 2016

Berikut dikongsikan harga minyak masak bermula 1 November 2016 :-

Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) : Tiada kenaikan - RM2.50 sekilo (Kekal)
Minyak masak paket termasuk minyak masak berbotol lebih 1KG: Harga mengikut harga pasaran bermula 1/11/2016
Harga minyak masak sawit tulen (anggaran minimum berdasarkan harga olien paras stabil RM2,900 setan)

Harga Subsidi vs Tanpa Subsidi

1KG : RM3.60 (RM3.70)

2KG : RM7.20 (RM7.40)

3KG : RM10.35 (RM11.10)

5KG : RM14.70 (RM18.50)

Paket Plastik : RM2.50 (RM2.50 kekal)

* Harga dalam kurungan adalah harga tanpa subsidi

Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

Langkah kerajaan dalam penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak bertujuan untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan minyak masak dapat menikmati subsidi kerajaan. Tanpa langkah ini, kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menanggung subsidi minyak. Langkah juga bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran.

Dengan penghapusan subsidi minyak masak selain paket 1 KG, diharap pihak peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Semoga harga barang terutama makanan tidak akan terjejas ketika kos sara hidup kini semakin meningkat.

#Nota

Senarai harga minyak masak bukan bersubsidi di atas ini bukan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Harga jualan minyak masak bukan bersubsidi tidak ditetapkan oleh KPDNKK sebaliknya harga minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut harga pasaran minyak sawit.

Walau bagaimanapun, industri masih tertakhluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Ini bermakna jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku, maka tindakan boleh diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan berlebihan.


 sumber BH online
Previous
Next Post »

LAZADA BUAT SALE LAGIIII