Friday, 11 November 2016

Lukisan Dalam Perut Naga Terpanjang Di Dunia di Johor


Lihat Lukisan Dalam Perut Naga di Johor | Batu Pahat: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar merasmikan Taman Hijau Che Ann Khor yang menempatkan senibina terowong naga terbesar dan terpanjang dunia, di Jalan Kota Impian, Yong Peng, hari ini.

Sultan Ibrahim tiba di Taman Hijau Che Ann Khor disambut lebih 3,000 pengunjung pada 9.30 pagi.


Baginda kemudian menandatangani plak khas perasmian sebelum majlis diteruskan dengan ucapan jemputan kehormat.

Exco Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong, berkata Taman Hijau bakal menjadi produk pelancongan ikonik di Yong Peng.

“Taman Hijau yang dibina dengan kos keseluruhan mencecah RM8 juta ini diharap mampu memperhebatkan lagi sektor pelancongan Johor sedia yang mana jumlah kemasukan pelancong pada tahun lalu adalah 6.95 juta, " katanya.


Taman hijau seluas 1.61 hektar ini menempatkan terowong berbentuk naga sepanjang 107 meter yang di dalamnya mempamerkan 42 lukisan mengikut kepercayaan agama Buddha.

Aida Natasya

Ketika informasi berada di hujung jari. Kebenaran pasti akan menutupi kebatilan yang merajai hati dan fikiran yang di rasuki oleh kejahilan tingkat tinggi.


Disclaimer : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang di paparkan di sini. Segala komen adalah tertakluk kepada pemberi komen. Mana-mana komen yang di sifatkan menyalahi undang-undang akan di remove serta merta.