Saturday, 12 November 2016

Nama Tak Baik Untuk Anak - Mufti Suruh Tukar.

Nama Tak Baik Untuk Anak - Mufti Minta Tukar.


Jabatan Mufti Pulau Pinang mencadangkan nama umat Islam yang membawa erti tidak baik ditukar mengikut sunnah.

Ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah.

Mufti negeri, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata demikian mengulas penyebaran surat permohonan pertukaran nama Nur Damia Safiyya Mohd Nizam.

Beliau berkata, nama itu ditukar kepada Putri Nur Safiyya dan dikeluarkan pejabatnya sehingga menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan WhatsApp, sejak semalam.

Menurutnya, sebagai contoh, nama Damia membawa maksud tempat keluarnya darah, Syarrul Bariyyah pula bermaksud makhluk yang paling jahat manakala Zaniah iaitu penzina manakala Bahimah iaitu binatang.

Wan Salim berkata, pihaknya menyarankan ibu bapa yang mempunyai nama anak yang membawa makna tidak baik di tukar tanpa paksaan.

Beliau berkata, pejabatnya menerima sekurang-kurangnya empat hingga lima kes dalam tempoh setahun berhubung permohonan pertukaran nama oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kita tidak akan sokong mana-mana individu yang mahu menukar nama yang mempunyai makna yang baik tetapi sekiranya nama itu membawa erti tidak baik, kita akan mengeluarkan surat sokongan.

"Bagaimanapun, terpulang kepada ibu bapa terbabit sama ada mahu mengekalkan nama itu atau tidak kerana kita hanya beri pandangan kerana tiada fatwa mengenainya," katanya di sini.

Putri Nur Safiyya membawa maksud cahaya yang suci.

Aida Natasya

Ketika informasi berada di hujung jari. Kebenaran pasti akan menutupi kebatilan yang merajai hati dan fikiran yang di rasuki oleh kejahilan tingkat tinggi.


Disclaimer : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang di paparkan di sini. Segala komen adalah tertakluk kepada pemberi komen. Mana-mana komen yang di sifatkan menyalahi undang-undang akan di remove serta merta.