Saturday, 12 November 2016

Perempuan Sabah Edar MyKad Palsu

Tags

Perempuan Sabah Edar MyKad Palsu kepada Pendatang Asing Di Sabah.


Dua wanita berusia 25 dan 48 tahun disyaki dalang dan ejen pengeluaran kad pengenalan palsu ditahan di Sandakan, Sabah dalam operasi khas di sekitar Sandakan, Sabah awal pagi ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Yazid Ramli, berkata operasi lima jam itu diadakan berama PDRM, bermula 9.10 malam tadi.

“Risikan dan pemerhatian terhadap kedua-dua wanita terbabit dijalankan dua minggu dan mereka dipercayai aktif sebagai ejen mencari pelanggan atau warga asing yang berminat mendapatkan kad pengenalan palsu dengan bayaran RM6,000.

"Selain itu, wanita terbabit juga didapati menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemeriksaan terperinci di premis kediaman wanita itu turut menemui pelbagai dokumen meragukan termasuk gambar individu serta salinan kad pengenalan sudah dipalsukan, beberapa sijil kelahiran milik individu tidak dikenali serta dua komputer riba.

Mohd Yazid berkata, JPN turut menahan lima individu iaitu tiga lelaki dan dua wanita berusia 23 hingga 57 tahun di premis kediaman suspek dan mereka menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri disyaki diperolehi daripada dua wanita terbabit.

Katanya, semua yang ditahan mengaku mereka berasal dari Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Aida Natasya

Ketika informasi berada di hujung jari. Kebenaran pasti akan menutupi kebatilan yang merajai hati dan fikiran yang di rasuki oleh kejahilan tingkat tinggi.


Disclaimer : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang di paparkan di sini. Segala komen adalah tertakluk kepada pemberi komen. Mana-mana komen yang di sifatkan menyalahi undang-undang akan di remove serta merta.