Skip to main content

"Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Akan Di Tambah" - Najib Razak

"Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Akan Di Tambah" - Najib Razak | KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masa depan negara tidak boleh bergantung kepada pakatan politik yang hipokrit, tiada keikhlasan dan mengamalkan konsep pusingan U.


Sebaliknya, Perdana Menteri berkata rakyat perlu memilih parti politik yang bekerjasama erat dengan semua parti gabungan untuk masa depan rakyat dan negara yang lebih terjamin.

Memberikan contoh Barisan Nasional (BN), Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti itu sentiasa membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama anggota parti komponen dan mengamalkan prinsip kesederhanaan, tanpa melakukan sesuatu perkara yang ekstrem.

"Tuan-tuan ingat pembangkang ini genuine partnership (perkongsian tulen) ke? Adakah anda fikir Kit Siang (Penasihat DAP Lim Kit Siang) betul-betul sukakan Mahathir (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad)? Adakah anda fikir Mahathir benar-benar sukakan Kit Siang?

"Mahathir pernah kata secara terbuka, Kit Siang adalah rasis, anti-Melayu dan anti-Islam, dan Kit Siang pun kata Mahathir diktator dan banyak lagi dia kata. Pada saya ini bukan politik seimbang.

"Mana boleh kita percaya kepada pakatan politik berdasarkan hipokrasi," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-63 di Wisma MCA di sini hari ini.

Perdana Menteri juga berkata politik pusingan U yang diamalkan pakatan pembangkang bukan sahaja mengelirukan rakyat, tetapi turut mengelirukan mereka sendiri.

"Berapa kali politik pusingan U ini saya pun tak tahu. Saya fikir mereka sudah hilang arah sebab sudah banyak kali (buat) pusingan U. Bukan sahaja rakyat keliru. Mereka sendiri (pun) sudah keliru. Tiada arah tujuan," kata Najib.

Najib turut berkata sebagai Perdana Menteri beliau sentiasa mengingatkan dirinya untuk menjadi perdana menteri kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, katanya, beliau memerlukan sokongan daripada rakyat berbilang kaum termasuk masyarakat Cina.

Sehubungan itu, Perdana menteri turut melahirkan penghargaan kepada komuniti Cina yang memberikan sokongan kepada calon BN antaranya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak serta Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan akan bekerjasama dengan MCA untuk menambah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina.

"Sekolah-sekolah Cina, jangan bimbang, saya akan bekerjasama dengan MCA untuk tambah SJK. Jika anda tidak percaya dengan saya, tanya Tan Sri Lim Ah Lek.

Semasa saya menjadi Menteri Pelajaran, saya bekerjasama dengan beliau. Ketika itu, beliau adalah timbalan Presiden MCA. Kita menyelesaikan banyak penempatan semula sekolah Cina yang baharu," katanya.

Dalam pada itu, Najib melahirkan ucapan tahniah kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan seluruh kepimpinan MCA kerana mampu merapatkan barisan dalam parti itu yang sebelum ini mempunyai kelompok tertentu.

"Kalau dulu masuk dewan ini (Dewan San Choon), (MCA) saya dengar ada team A, ada pula kata team B, ada kata team C. Hari ini cuma team 1MCA sahaja.

"Jadi saya rasa boleh tidur lena malam ini kerana senarai calon pilihan raya daripada MCA akan berpandu kepada calon-calon paling sesuai bagi sesuatu kawasan. Inilah proses yang dikatakan meremajakan semula MCA. Kita nak pulihkan MCA di kaca mata rakyat, kaca mata pengundi, komuniti Cina di Malaysia," katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut berkongsi kejayaan lawatannya ke China baru-baru ini sambil menyifatkan ia merupakan penghormatan tertinggi kepada kerajaan.

"Baru-baru ini kita dapat mencapai pencapaian luar biasa dalam lawatan ke China ini. Hasilnya ialah pemeteraian 14 perjanjian berhubung beberapa projek ikonik dan mega bernilai RM144 bilion antara syarikat Malaysia dan China. Bila kita berjaya mendapatkan pelaburan, pembangkang pula cuba menyangkalnya, kononnya kita ini jual kedaulatan negara pula.

"Apa beza pelaburan dari China, dengan Jepun atau dari Amerika Syarikat. Kalau Dr Mahathir ajak kita pandang ke timur, pandang ke Jepun dan Korea, saya pun pandang ke timur. Cuma tambah satu lagi negara iaitu China sebab ia akan jadi ekonomi terbesar di dunia," katanya.

Dalam pada itu, Najib juga berkata beliau telah mengarahkan anggota delegasi negara dalam lawatan itu membangkitkan isu mengenai burung walit dan melaksanakan segera pengeksportan sarang burung mentah yang belum dibersihkan dan sarang burung yang telah diproses ke China.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Masakan Ayam Berkuah Simple dan Mudah

Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple dan Mudah. Hari ini saya akan cuba resepi ayam masak halia berkuah chinese style yang paling simple. Walaupun saya sudah lelah setelah bekerja seharian, saya tetap perlu memasak untuk anak-anak. Resepi ayam masakan ini saya pilih kerana sangat simple dan hanya memerlukan masa 5 minit. Walaupun mudah dan ringkas, resepi ayam masak halia yang simple dari chef hanieliza ini mempunyai rasa yang sangat disukai anak-anak. Saya merupakan ibu yang tidak ingin memberikan masakan pre heated untuk keluarga saya.



Namun, saya juga memerlukan resepi masakan yang simple dan ringkas kerana kesibukan saya termasuk membersihkan rumah, menyiapkan anak-anak sekolah, mengajar di sekolah dan blogging. Oleh kerana itu, saya sentiasa mencari resepi yang mudah dan ringkas namun tetap mempunyai rasa yang lazat seperti Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple Dan Mudah ini.

Rempah masakan ayam chinese style ini adalah halia. Rempah ini memberikan rasa yang menakjubkan dan aroma yang s…

Nenek Kahwin Budak - Jawapan Nenek Rohaya Buat Suami Mudanya Mati Kutu

Setelah jadi pasangan suami isteri , tentunya momen yang paling indah bagi pasangan adalah malam pertama . Begitu juga yang terjadi antara Selamat ( 16 ) dan isteri Rohaya ( 71 ) selepas diijabkabul kelmarin pada 2 Jul 2017 dengan wang mas nya bernilai 200 juta rupiah .

Apabila ditanya tentang malam pertama , Nenek Rohaya kelihatannya malu tersipu-sipu diusik .

Sementara itu , Selamat menjawab soalan itu dalam nada bersahaja

" Masih belum melakukan " kata Selamat

Mendengar jawapan Selamat , lantas Nek Rohaya menjawab kembali

" Belum , dia ( Selamat ) takut sakit " jawab Rohaya sambil memandang Selamat bersahaja .

kalau dah jodoh , tidak ke mana ..
Namun dikhabarkan belum pun sempat usia pernikahan mereka seminggu , dikatakan pernikahan mereka dibatalkan pihak berkuasa tempatan . Menurut Ketua Jabatan Agama Wilayah Sumatera Selatan, Alfajri Jabidi, pihaknya telah menegur pegawai agama tempatan kerana membiarkan pernikahan itu berlangsung.

Menurutnya lagi mengikut und…

Makan Kurma Perlu Kena Cuci Tak? - Ketahui Sebab Kenapa & Mengapa.

Makan Kurma Perlu Kena Cuci Tak? - Ketahui sebab kenapa dan mengapa buah kurma perlu kena cuci dahulu sebelum di makan.

Bukan maksudnya kena sental dengan klorox - sabun - berus semua. Tapi macam cara kita basuh sayur ataupun buah.

Kakak ini berkongsi sebab kenapa kita kena cuci buah kurma sebelum makan.


Jadi lepas ni jangan lupa makan kurma tu kena cuci dulu okay. Jangan pulak terus masuk mulut. 

Senarai Universiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia

Senarai Universiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia
SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) MALAYSIA

1. Universiti Kebangsaan Malaysia

Alamat : Kampung Bangi, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Laman Web : http://www.ukm.my

2. Universiti Malaya

Alamat : Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Web : www.um.edu.my/

3. Universiti Putra Malaysia

Alamat : Jalan Upm, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Laman Web : http://www.upm.edu.my

4. Universiti Sains Malaysia

Alamat : 11800 Gelugor, Penang, Malaysia
Laman Web : https://www.usm.my

5. Universiti Teknologi Malaysia

Alamat : Pusat Pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia, Office of Corporate Affairs, UTM, 81310 Skudai, Johor, Malaysia
Laman Web : www.utm.my/

6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Alamat : Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Laman Web : www.iium.edu.my

7. Universiti Teknologi MARA

Alamat : 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Laman Web : www.uitm…

Selepas Butik, Bella Ammara Buka Spa Naarabelle Pula.

Selepas Butik, Bella Ammara Buka Spa Naarabelle Pula. | Pengasas butik Bella Ammara iaitu Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh pada Khamis melebarkan cabang peniagaannya dengan pembukaan pusat kecantikan Naarabelle Facespa. Sharifah Nabilla Al Yahya atau lebih mesra disapa Belle berkata, pembukaan pusat kecantikan ini juga dapat merialisasikan impiannya untuk berkongsi rahsia kecantikan wajah.

"Ramai yang bertanya saya tentang penjagaan dan produk yang saya gunakan supaya nampak sentiasa segar walaupun sibuk dengan kerja seharian.

"Jadi, apa salahnya saya menceburi satu lagi bidang perniagaan yang melibatkan penjagaan wajah dalam membantu wanita dan lelaki supaya sentiasa tampil menarik," ujarnya. Beliau ditemui pada majlis pelancaran pusat kecantikan Naarabelle Facespa di Setapak, di sini, pada Khamis. Turut hadir pada majlis tersebut ialah selebriti-selebriti tempatan seperti Mira Filzah, Raja Afiq, Ruhainies dan Tasha Mansahar.

Tambah Belle, perniagaan pusat kecantikan…

Senarai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pulau Pinang

Senarai Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Pulau Pinang | Di bawah ini adalah senarai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pulau Pinang. Anda boleh dapatkan maklumat mengenai alamat, nombor telefon dan nombor faksimili untuk di hubungi.
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut
25, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 Pulau Pinang, Tel : 604-2296546 / 604-2292942 Faks : 604-2293320 Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
Permatang Pasir, 13500 Permatang Pauh Tel: 604-3976310 Faxks 604-3979391 Tel Faks : 04-3979391 Web : http://www.ppdspt.net Emel : www.ppdut.net Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya
Jalan Permatang Tepi, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang, Tel : 604-8664500 Faks : 604-8666500 Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan
14200 sungai Jawi, seberang Perai Selatan, Pulau Pinang Tel : 604-5824580 / 604-5824569 Faks : 04-5824680 Web : http://e-pengurusanppdsps.blogspot.com/ Emel : ppdsel[@]streamyx.com Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara
Jalan Duta, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Uta…

Gambar Laporan Semasa Perhimpunan Bersih 5 & Gerakan Baju Merah

BERIKUT adalah laporan langsung yang dibawakan wartawan mStar Online di beberapa lokasi perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu: 5.30 petang: Perhimpunan Bersih di sekitar Jalan Ampang bersurai. Hujan mulai turun di kawasan berkenaan. 4.35 petang: Kumpulan baju merah di sekitar Jalan Raja Laut dilihat telah bersurai. Anggota polis dan FRU juga sudah beredar. 4.30 ptg: Situasi di sekitar Jalan Raja Laut tenang. Kumpulan baju merah dilihat telah bersurai. Namun anggota polis dan FRU kelihatan masih bertugas mengawal keadaan di sekitar ibu negara. 4.22 petang: Sebilangan besar penyokong di KLCC mula bersurai. Ada di antara mereka sempat berselfie dan memasuki pusat membeli-belah Suria KLCC. 4 petang: Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal memberi arahan kepada anak buahnya (peserta baju merah) untuk bersurai namun mereka tetap berkumpul di sekitar Jalan Raja Laut.
3.50 petang: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di KLCC ditemani …

Video Klip Wanita Terakhir Dari Fattah Amin Ini Pasti Mengujakan Anda.

Video Klip Wanita Terakhir Dari Fattah Amin Ini Pasti Mengujakan Anda. Masakan tidak, FA begitu kacak dan handsome di dalam klip video ini. Dia kelihatan begitu unggul untuk seorang lelaki yang menjadi idaman para wanita di luar sana.



Jom Tonton Klik Video Wanita Terakhir ini. Siapakah Wanita Terakhir di dalam hidup lelaki yang bernama Fattah Amin?

There are no words to contemplate,
the way i feel for you,
This love i have is deeper,
Than the whole pacific blue.
If i could paint a picture,
of what you mean to me,
then the picture that i painted,
would take eternity.
The three words that i say to you,
shall stay forever true.
As long as we're together,
i will always love you.- WT Eau De Parfum 1970 Limited Edition
A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on Mar 15, 2017 at 8:19am PDT

Berikut adalah komen para peminat mengenai klip video ini.

nanieyerinaSedihnya😭😭😭...tiba-tiba mata masuk habuk.nuhakhaimi😍💞💞💞💞💕😍izzatyy_@putrinatasharoslanwawarda99So sweetshahidah86,,,@hazeyraf…

20 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Yang Di Gilai Wanita

Tersenarai dibawah adalah 20 ciri-ciri lelaki idaman yang di gilai wanita yang perlu diketahui oleh lelaki untuk menilai sendiri tahap ketinggian kualiti mereka mengikut pandangan seorang wanita.


Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.

Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".

Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.

Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjau…

Terowong Karak Genting Sempah Akan Di Tutup 2 Bulan Bermula 10 Januari 2017

Terowong Karak Genting SempahAkan Di Tutup2 Bulan Bermula 10 Januari 2017


KUALA LUMPUR, 6 Jan - Terowong Genting Sempah akan ditutup sementara selama 60 hari mulai jam 8 pagi sehingga 5 petang bermula Selasa ini bagi memberi ruang untuk kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan dalam terowong tersebut.

"Laluan hala barat akan ditutup kepada lalu lintas bermula 10 Jan hingga 16 Feb manakala arah timur akan ditutup bermula 20 Feb hingga 22 Mac", kata ANIH dalam satu kenyataan.

"Laluan akan dibuka seperti biasa dari 6 petang hingga 7 pagi," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah akan diaktifkan sepanjang tempoh penyelenggaraan itu.

"Kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam," kata kenyataan itu.

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya …