Thursday, 10 November 2016

Semakan Keputusan Temuduga Biasiswa MyBrainSC Tahun 2016

Semakan Keputusan Temuduga MyBrainSC Tahun 2016



Tajuk Hebahan : Semakan Keputusan Temuduga MyBrainSC Tahun 2016

URL : https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/login.php

Tarikh Buka : 20 September 2016

Tarikh Tutup : 31 Disember 2016


BIASISWA MYBRAINSC

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA).

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.


BIDANG PENGAJIAN

Fizik
Biologi
Kimia
Matematik

PERJANJIAN

Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;

Calon diberhentikan oleh pihak IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan

Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.

Alamat : Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5 Kompleks Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA

(u.p : Unit MyBrain15)

Hotline : 03-8888 1616 | Klik di sini Direktori Bahagian Biasiswa

Email : mb15@mohe.gov.my

URL : http://www.mohe.gov.my

Facebook : https://www.facebook.com/MyBrain15KPT

Muat Turun Borang Permohonan Biasiswa MyBrainSC :

>> http://lynk.my/6VMJ




Aida Natasya

Ketika informasi berada di hujung jari. Kebenaran pasti akan menutupi kebatilan yang merajai hati dan fikiran yang di rasuki oleh kejahilan tingkat tinggi.


Disclaimer : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang di paparkan di sini. Segala komen adalah tertakluk kepada pemberi komen. Mana-mana komen yang di sifatkan menyalahi undang-undang akan di remove serta merta.