Skip to main content

Posts

Showing posts from November 12, 2016

Trending

Tunku Aminah Akan Berkahwin Pada 14 Ogos 2017.

20 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Yang Di Gilai Wanita

Tersenarai dibawah adalah 20 ciri-ciri lelaki idaman yang di gilai wanita yang perlu diketahui oleh lelaki untuk menilai sendiri tahap ketinggian kualiti mereka mengikut pandangan seorang wanita.


Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.

Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".

Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.

Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjau…

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 - Skim Tangga Gaji, Syarat, Tanggungjawab.

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK



KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : TADBIR DAN DIPLOMATIK
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED JAWATAN/GAJI : M41, M44, M48, M52, M54
TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2016

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;

(c)
(i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M41: RM2,422.00);
atau

(ii) ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M41: RM2,733.14);

atau

(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ial…

Cara Pujuk Anak Supaya Berpuasa

Cara Pujuk Anak Supaya Berpuasa | Mendidik dan memujuk anak-anak berpuasa pada usia muda memerlukan kebijaksanaan ibu bapa. Namun, ia perlu juga mengikut faktor umur dan kesihatan anak-anak tersebut.


Ketua Pegawai Koperasi Kuis Cell Sdn. Bhd., Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), Puziah Abdul Wahab berkata, ada kanak-kanak yang dengan sendiri mahu berpuasa tanpa disuruh dan ada antara mereka langsung tidak mahu walaupun disuruh berkali-kali.

Oleh yang demikian, inisiatif seperti menceritakan kelebihan-kelebihan bulan Ramadan dan pahala orang berpuasa sedikit sebanyak boleh digunakan dalam bentuk kiasan yang mudah untuk difahami.

"Contohnya, kaitkan hadis yang mengatakan 'akan dibuka segala pintu syurga ketika bulan puasa'.

"Dengan cara itu, mereka akan tertarik dan perasaan ingin tahu dengan lebih lanjut tentang fadilat tersebut dapat menyuntik semangat mereka sedikit demi sedikit," katanya.

Begitupun katanya, ibu bapa tetap perlu bijak memainkan …

Perempuan Sabah Edar MyKad Palsu

Perempuan Sabah Edar MyKad Palsu kepada Pendatang Asing Di Sabah.


Dua wanita berusia 25 dan 48 tahun disyaki dalang dan ejen pengeluaran kad pengenalan palsu ditahan di Sandakan, Sabah dalam operasi khas di sekitar Sandakan, Sabah awal pagi ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Yazid Ramli, berkata operasi lima jam itu diadakan berama PDRM, bermula 9.10 malam tadi.

“Risikan dan pemerhatian terhadap kedua-dua wanita terbabit dijalankan dua minggu dan mereka dipercayai aktif sebagai ejen mencari pelanggan atau warga asing yang berminat mendapatkan kad pengenalan palsu dengan bayaran RM6,000.

"Selain itu, wanita terbabit juga didapati menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemeriksaan terperinci di premis kediaman wanita itu turut menemui pelbagai dokumen meragukan termasuk gambar individu serta salinan kad pengenalan sudah dipalsukan, beberapa sijil kelahiran milik …

Nama Tak Baik Untuk Anak - Mufti Suruh Tukar.

Nama Tak Baik Untuk Anak - Mufti Minta Tukar.


Jabatan Mufti Pulau Pinang mencadangkan nama umat Islam yang membawa erti tidak baik ditukar mengikut sunnah.

Ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah.

Mufti negeri, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata demikian mengulas penyebaran surat permohonan pertukaran nama Nur Damia Safiyya Mohd Nizam.

Beliau berkata, nama itu ditukar kepada Putri Nur Safiyya dan dikeluarkan pejabatnya sehingga menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan WhatsApp, sejak semalam.

Menurutnya, sebagai contoh, nama Damia membawa maksud tempat keluarnya darah, Syarrul Bariyyah pula bermaksud makhluk yang paling jahat manakala Zaniah iaitu penzina manakala Bahimah iaitu binatang.

Wan Salim berkata, pihaknya menyarankan ibu bapa yang mempunyai nama anak yang membawa makna tidak baik di tukar tanpa paksaan.

Beliau berkata, pejabatnya menerima sekurang-kurangnya empat hingga lima kes dalam tempoh setahun berhubung permohonan pertukaran nama oleh Jabatan Pend…

Sifat Orang Perempuan Yang Lelaki Kena Tahu

Sifat Orang Perempuan Yang Lelaki Kena Tahu

1) Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia, pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar.

2) Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.

3) Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama.=P. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.

4) Anda ken…