Skip to main content

Posts

Showing posts from November 13, 2016

Trending

Tunku Aminah Akan Berkahwin Pada 14 Ogos 2017.

Shidi (Data) Tersingkir Minggu Kelima 'Gegar Vaganza 3'

Shidi (Data) Tersingkir Minggu Kelima 'Gegar Vaganza 3' | Vokalis kumpulan Data iaitu Shidi tersingkir pada konsert minggu kelima program Gegar Vaganza 3 yang diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.


Pada persembahan itu Shidi menyampaikan lagu berjudul Ratuku nyanyian asal Awie mendapat markah tercorot daripada juri profesional yang mengadili para peserta.

Seperti dua musim terdahulu, Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap.

Manakala penyanyi yang popular menerusi lagu Hijau, Datuk Zainal Abidin tampil sebagai juri jemputan pada konsert minggu ini.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Azharina dipilih sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat.

Ia adalah kemenangan keduanya menerusi lagu Berhenti Berharap nyanyian Sheila On 7.

Gegar Vaganza 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (10…

"Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Akan Di Tambah" - Najib Razak

"Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Akan Di Tambah" - Najib Razak | KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masa depan negara tidak boleh bergantung kepada pakatan politik yang hipokrit, tiada keikhlasan dan mengamalkan konsep pusingan U.


Sebaliknya, Perdana Menteri berkata rakyat perlu memilih parti politik yang bekerjasama erat dengan semua parti gabungan untuk masa depan rakyat dan negara yang lebih terjamin.

Memberikan contoh Barisan Nasional (BN), Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti itu sentiasa membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama anggota parti komponen dan mengamalkan prinsip kesederhanaan, tanpa melakukan sesuatu perkara yang ekstrem.

"Tuan-tuan ingat pembangkang ini genuine partnership (perkongsian tulen) ke? Adakah anda fikir Kit Siang (Penasihat DAP Lim Kit Siang) betul-betul sukakan Mahathir (bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad)? Adakah anda fikir Mahathir benar-benar sukakan Kit Siang?

"Mahathi…

Najib Adakan Lawatan Kerja Tiga Hari Ke Jepun

Selepas China, Najib Adakan Lawatan Kerja Tiga Hari Ke Jepun.



PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Jepun mulai Selasa ini bagi membincangkan isu-isu dua hala dalam meningkatkan kerjasama pelbagai bidang.

Lawatan tersebut adalah atas undangan rakan sejawatan Shinzo Abe dan merupakan lawatan kali keempat Najib ke negara Matahari Terbit itu sejak dilantik sebagai perdana menteri pada 2009.

Menurut Wisma Putra lawatan tersebut akan meneruskan momentum perbincangan peringkat tertinggi antara Kuala Lumpur dan Tokyo mengenai isu-isu kepentingan bersama dua hala dan di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Malaysia dan Jepun akan terus menikmati kerjasama erat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, pendidikan tinggi, pembangunan modal insan, kebudayaan, perkhidmatan udara dan percukaian," kata Kementerian Luar itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sempena lawatan itu, Najib dijadual mengadakan…

Tiga Cara Bayar Kifarah Puasa

Tiga Cara Bayar Kifarah Puasa yang perlu anda tahu. Lagi-lagi jika anda telah bersetubuh di bulan Ramadhan.


SOALAN:

SEBELUM berkahwin dengan isteri, saya pernah berzina dengannya beberapa kali pada waktu siang bulan Ramadan.

Kini kami sudah bertaubat. Bagaimanakah kiraan kifarat ke atas saya jika saya tidak mampu berpuasa untuk tempoh yang lama itu?

JAWAPAN:

PERSETUBUHAN pada siang hari pada bulan Ramadan termasuk dalam perkara merosak dan membatalkan puasa. Puasa yang terbatal wajib diganti dan dibayar kaffarah.

Kaffarah puasa ada tiga peringkat iaitu (1) memerdekakan hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu, (2) hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya mampu, (3) hendaklah memberi makan kepada 60 fakir atau memberi mereka 60 cupak makanan asasi yang boleh dijadikan fitrah seperti beras atau gandum.

Sekiranya ketiga-tiga itu tidak mampu dilaksanakan, kaffarah masih perlu ditunaikan apabila dia berkuasa melakukannya tanpa pengecualian.

Dalam ke…

Nama- Nama Yang Tak Baik Untuk Anak

Senarai Nama-Nama Yang Tidak Baik Untuk Anak-Anak Anda.


Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.
.
.
A. Nama-Nama Larangan

1. Pengabdian / Penghambaan

Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.
.
.
2. Malikul-Amlak

Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

إنَّ أخْ…