Skip to main content

Posts

Showing posts from November 14, 2016

Trending

Tunku Aminah Akan Berkahwin Pada 14 Ogos 2017.

48,077 Kes Perceraian Melibatkan Pasangan Beragama Islam 2016

48,077 Kes Perceraian Melibatkan Pasangan Beragama Islam 2016 | KUALA LUMPUR – Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai tahun ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor (7,731) diikuti Sabah (6,638) dan Johor (4,700).

“Kajian mendapati kebanyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah.

“Antara punca yang dikenal pasti adalah tiada persefahaman (56.2 peratus), suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus) dan isteri curang (11.8 peratus),” katanya menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Siti Zailah bertanya mengenai statistik terkini perceraian di negara ini sejak 2014 hingga 2016 mengikut pecahan negeri dan bangsa serta kaedah yang akan diambil keme…

Senarai Barang-Barang Kawalan Berjadual

BARANG-BARANG KAWALAN BERJADUAL

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 2 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan berjadual memerlukan suatu lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan.
Bil  Barang-Barang Kawalan Berjadual1.  Gula2.  Tepung gandum3.  Minyak Masak4.  Baja Kimia5.  Minyak Tanah6.  Petrol, spirit motor dari semua gred7.  Bahan Api Disel8.  Bar bulat keluli lembut9.  Simen10.  Gas Petroleum cecair11.  Roti12.  Ayam

MUAT TURUN BORANG-BORANG PERLESENAN CSA

SENARAI BARANG-BARANG KAWALAN DI MALAYSIA.

SENARAI BARANG-BARANG KAWALAN DI MALAYSIA.

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Gula
Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
Garam
Simen dan klinker
Tepung gandum
Minyak masak
Baja
Racun serangga
Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah
Bar bulat keluli lembut
Minyak tanah
Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)
Padi (Sabah sahaja)
Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred
Bahan api diesel
Gas petroleum cecair (LPG)
Semua jenis roti
Minyak bahan api
Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)
Kayu Getah
Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)
sumber : www.kpdnkk.gov.m