Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Realiti Show


Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Realiti Show | Penyanyi Anuar Zain mengakui terpaksa menolak tawaran menjadi juri dan pengkritik dalam program realiti kerana tidak mempunyai ilmu yang luas dalam bidang nyanyian.

Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Realiti Show | Penyanyi Anuar Zain mengakui terpaksa menolak tawaran menjadi juri dan pengkritik dalam program realiti kerana tidak mempunyai ilmu yang luas dalam bidang nyanyian.

Menurut Anuar, 47, dia bukan individu yang sepatutnya berada di kerusi itu kerana masih ramai penyanyi lain yang lebih berkelayakan.


"Dahulu saya pernah menjadi pengkritik jemputan program Akademi Fantasia dah Malaysian Idol. Selepas itu tidak pernah lagi kerana berasakan saya memang tak sesuai.

"Saya belum cukup ilmu untuk mengkritik atau membetulkan nyanyian seseorang. Lagi pun saya bertahan dalam industri sehingga hari ini berdasarkan pengalaman yang ada," katanya kepada Harian Metro.

Anuar berkata sehingga sekarang dia masih mendapat tawaran menjadi juri dan pengkritik.

"Bukan bidang saya untuk melakukan semua ini. Biarlah yang pakar menggalas tanggungjawab ini,” katanya.

Pada masa sama, Anuar menjelaskan dia masih menetapkan harga sama bagi menjayakan persembahan meski kebanyakan penyanyi menurunkan kadar bayaran mereka.

Saya tak pernah turunkan harga. Saya buat persembahan berdasarkan apa yang dibayar,” katanya.
Previous
Next Post »

LAZADA BUAT SALE LAGIIII