Thursday, 23 February 2017

7 Sebab Kenapa Suami Curang Dalam Perkahwinan

7 Sebab Kenapa Suami Curang Dalam Perkahwinan | Perkahwinan bukan bahan mainan. Sekali kau memilih dia sebagai pasangan, cubalah untuk setia sehingga hujung nyawa. Tetapi adakalanya perkahwinan yang dibina terputus di tengah jalan.

Sekadar gambar hiasan.

Di mana silapnya? Mana janji-janji kononnya kau akan setia sehidup semati. Sebagai ketua keluarga, kau perlu cari ilmu dan bimbing keluarga kau sebaik-baiknya. Ini tidak, kau pula yang buat perangai. Mengapa suami selalu berlaku curang dalam perkahwinan yang dibina?

Berikut terdapat 7 sebab kenapa suami sering berlaku curang :

1. Tidak Bersyukur Pasangan dan jodoh yang dikurniakan Allah itu adalah satu nikmat terbesar. Jadi, kau nak apa lagi? Masih lagi nak curang dengan pasangan kau. .

2. Kurang Mendalami Ilmu Agama Jika kau punya ilmu agama, kau pasti tidak akan buat perkara macam nie. Kau akan fikir baik buruk dan tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik. .

3. Tidak Bertanggungjawab Jika kau jenis suami yang curang, itu bermaksud kau lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kau abaikan isteri dan anak-anak kau. Kau cuma ikut kehendak kau je. .

4. Mata Duitan Bila dah kahwin, komitmen makin banyak. Lepastu isteri kau pula tak kerja. Kau pun mulalah cari perempuan yang lebih kaya sebagai skandal. Perempuan tu lah yang tanggung kau. Sebelum kahwin bukan main kau tak kisah isteri kau tak kerja. Kau cakap mampu tanggung dia.

5. Penampilan Pasangan Masa kau kenal isteri kau dulu, bukan main kau puji dia cantik. Segalanya sempurna di mata kau. Tetapi bila dah kahwin, dah ada anak lain pula jadinya. Biasalah, kadang-kadang isteri kau tak sempat nak berhias macam dulu sebab sibuk masak untuk kau, jaga anak-anak. Kalau dia kurang berhias macam dulu, kau tegurlah baik-baik. Jangan jadikan alasan tu untuk kau berlaku curang. .

6. Kaki Perempuan Kadang-kadang kau jenis suka-suka bertukar perempuan walaupun dah ada isteri yang baik kat rumah. Suka melayan perempuan, berwhatsapp la, ajak keluar minum la. Kalau sebelum kahwin, kau jenis macamtu, lepas kahwin berubahlah. Tak payah nak buat perangai lama macamtu. .

7. Bosan Dengan Pasangan Masa bercinta bukan main dating tujuh hari seminggu, berwhatsapp 24 jam, bervideo call bagai. Tak pernah bosan. Sembang apa pun tak tau la. Tapi bila dah kahwin, nak sembang, nak dengar luahan hati isteri pun tak da masa. Bila dia bercerita kau mula cakap bosan. Kalau dulu dengar cerita yang sama 10 kali pun takpe.

*** Lelaki mula stabil bila umur 40 tahun. Masa tu gaji dah tinggi. Semua dah ada. Harta, rumah kereta dan wang ringgit yang banyak.

Mudah sangat nak pasang lain kalau dia nak. Bila dah kahwin, kau kena tinggal tabiat-tabiat yang tak elok masa kau bujang dulu.

Jangan cari alasan untuk kau berlaku curang dalam perkahwinan yang dibina. Memang kau ketua keluarga. Tapi tak semestinya kau boleh buat sesuka hati kau.

Fikir juga hati dan perasaan pasangan kau. Kau bahagia jangan menunjuk sangat la dekat laman sosial ni. Karang ada orang nak ngorat suami kau tu.

Aida Natasya

Ketika informasi berada di hujung jari. Kebenaran pasti akan menutupi kebatilan yang merajai hati dan fikiran yang di rasuki oleh kejahilan tingkat tinggi.


Disclaimer : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang di paparkan di sini. Segala komen adalah tertakluk kepada pemberi komen. Mana-mana komen yang di sifatkan menyalahi undang-undang akan di remove serta merta.