Skip to main content

Kenapa Polis Sorok Identiti Pemandu Wanita Yang Langgar Mati 8 Remaja?


Kenapa Polis Sorok Identiti Pemandu Wanita Yang Langgar Mati 8 Remaja?

Oleh : Zulkifli Nordin

Salam2all.

Teman berasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan kes tragedi kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bharu pada 18 Feb 2017 lepas yang mengorbankan 8 nyawa anak2 muda.

Kemalangan dikatakan berlaku sekitar jam 3 pagi sewaktu anak2 tersebut sedang berkayuh di lokasi bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Dikatakan lebih 30 anak2 tersebut berada dikawasan itu bersama basikal masing2.

Pemandu seorang gadis berbangsa Cina berumur 22 tahun memandu kereta jenis Almera dikatakan merempuh anak2 tersebut yang berkayuh menuju haluan yang sama, bermakna ianya rempuhan daripada belakang. Melihat daripada gambar kawasan tragedi, kelihatan rempuhan itu berlaku ditepi jalan sebelah kiri.

Seolah-olah hanya budak-budak itu sahaja yang bersalah

Teman melihat kenyataan2 yang dikeluarkan termasuk oleh pihak polis dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri memberi gambaran seolah2 anak2 tersebut yang bersalah; dengan satu alasan dangkal yang utama: apa anak2 itu buat berkayuh basikal beramai2 jam 3 pagi! Tidak ada pulak yang bertanya apa seorang gadis berusia 22 tahun buat memandu kereta berseorangan jam 3 pagi?

Kenapa sorokkan identiti pemandu?

Dan kenapa sehingga hari ini identiti pemandu itu tidak didedahkan, sebaliknya identiti mangsa dengan mak bapak mereka pulak yang didedahkan.

Kebiasaanya kalau berlaku tragedi kemalangan saperti ini dengan cepat identiti pemandu yang melanggar akan didedahkan, tetapi dalam kes ini teman agak pelik!

Pemandu dilindungi kerana anak orang berpengaruh ke?



Gambar Hiasan
Adakah pemandu itu diberi perlindungan istimewa, adakah dia daripada keluarga tertentu yang mesti dilindungi? Setakat hari ini teman tidak mendengar sebarang ancaman terhadap gadis Cina tersebut utk membolehkan identitinya tidak didedahkan!

Berbalik kepada isu tragedi kemalangan itu, teman merasakan pihak2 berkaitan terlalu menumpu kepada anak2 tersebut berkayuh basikal jam 3 pagi; seolah2 satu dosa besar bagi anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi! Teman bukan bermaksud nak membela anak2 itu, tetapi isunya ialah siapa yang bersalah dalam tragedi itu?

Kenapa cepat sangat polis keluarkan kenyataan, buat keputusan?

Kenapa begitu cepat pihak berkuasa membuat keputusan dan membebaskan pemandu tersebut; dan paling malang ada pulak pihak yang mengugut akan mengambil tindakan terhadap ibubapa anak2 itu kerana membenarkan atau membiarkan anak2 itu berbasikal jam 3 pagi!

Berbasikal jam 3 pagi bukan salah pun!

Halo yop, sejak bila naik basikal jam 3 pagi itu satu dosa; satu kesalahan? Dibawah Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalulintas:

1. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal jam 3 pagi!

2. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal ramai2;

3. Bukan satu kesalahan berkayuh basikal atas jalanraya; Apa yang jelas melanggar seseorang atau sesuatu kenderaan daripada belakang diatas jalanraya adalah prima facie satu kesalahan!

Pihak polis wajar memperhalusi siasatan mereka dengan mengkaji persoalan berikut: Bagaimana pemandu tersebut boleh merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang?

Alasan pemandu terlalu dangkal..

Agak mustahil untuk mana2 pemandu tidak nampak sekumpulan pengayuh basikal diatas jalanraya apatah lagi kalau jumlahnya sampai 30 orang; Alasan konon jalan itu menurun bukit adalah terlalu dangkal; sebab semua pemandu telah pun melalui latihan pemanduan untuk memperlahankan kenderaan bila melalui selekoh atau mendaki atau menuruni bukit.

Apa yang menyebabkan pemandu itu tidak dan/atau gagal melihat atau menyedari ada sekumpulan ramai pengayuh basikal dikawasan tersebut; Ada kenyataan dibuat oleh mangsa dan saksi menyatakan melihat pemandu itu menggunakan telefon bimbit dan memandu laju; oleh itu pihak polis wajib menyiasat maklumat ini.

Teman agak hairan dalam tempoh yang begitu singkat kenyataan dikeluarkan konon pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak membawa laju!

Bila siasatan terperinci dibuat? Melihat kepada gambar2 sekitar selepas kejadian, kelihatan rempuhan tersebut sangat kuat sehingga melanggar begitu ramai pengayuh basikal dan menyebabkan 8 kematian!

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pemandu..

Ini sahaja sudah cukup untuk pihak berkuasa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pemanduan tersebut!

Dalam bahasa undang2 ada prinsip dipanggil res ipsa loquitur – sesuatu perkara itu terjelas dengan sendirinya! Rempuhan kuat daripada belakang oleh sebuah kereta terhadap sekumpulan ramai pengayuh basikal disisi kiri sebatang jalanraya dua lorong memberi gambaran samada pemandu itu lalai, alpa, atau dalam keadaan gagal mengawal kenderaannya!

Maknanya ada kes prima facie untuk disiasat dengan lebih terperinci! Teman harap kita bertindak waras dan rasional dalam tragedi ini, dan tidak terbawa2 dengan sikap emosional, prejudis atau bias!

Adakah hanya kerana anak2 itu berkayuh basikal jam 3 pagi secara beramai2 maka mereka boleh dirempuh daripada belakang begitu sahaja; dan mereka yang dipersalahkan?

Apa beza anak2 yang berkayuh basikal itu dengan keadaan sebaliknya; apa kata jika pemandu tersebut merempuh beberapa kenderaan lain saperti kereta atau motorsikal daripada belakang? Tidak ada beza bukan?

Soal mereka berkayuh basikal jam 3 pagi beramai2 bukan isunya! Itu mungkin isu sosial yang perlu ditangani secara berasingan melalui kaedah yang diperlukan. Tetapi ini isu tragedi kemalangan jalanraya!

Sebuah kenderaan merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang disisi sebelah kiri sebatang jalan menyebabkan 8 kematian!

Prima facie ada sesuatu yang tak kena dengan cara pemanduan atau pengendalian kereta tersebut oleh pemandu berkenaan!

Mohon siasatan telus..

Teman mendesak pihak polis dan pihak berkuasa supaya memperhalusi siasatan mereka! Dan teman cadangkan supaya siasatan dibuat dibawah Seksyen 302A Kanun Kesiksaan dan sebagai alternatif Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Teman nasihatkan kepada keluarga mangsa supaya merujuk kepada peguam untuk menimbang membawa kes ini ke Mahkamah untuk tindakan sivil yang bersesuaian.

Dan jika tidak berpuashati dengan siasatan pihak berkuasa, failkan writ prerogatif di Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah yang bersesuaian. Peguam yang mahir akan boleh memberikan nasihat dan panduan yang bersesuaian insyallah.

Dan akhirul kalam, nasihat teman kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri dan KPD (dan yang sewaktu dengannya), lain kali kalau ditanya soalan berkaitan sesuatu insiden atau kejadian jenayah seperti ini, suka teman mengulang nasihat seorang sahabat bekas pegawai tinggi pasukan polis, “jawab aja ‘kes masih dalam siasatan dan kita akan siasat sewajarnya mengikut undang2 dan prosedur sedia ada”.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Masakan Ayam Berkuah Simple dan Mudah

Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple dan Mudah. Hari ini saya akan cuba resepi ayam masak halia berkuah chinese style yang paling simple. Walaupun saya sudah lelah setelah bekerja seharian, saya tetap perlu memasak untuk anak-anak. Resepi ayam masakan ini saya pilih kerana sangat simple dan hanya memerlukan masa 5 minit. Walaupun mudah dan ringkas, resepi ayam masak halia yang simple dari chef hanieliza ini mempunyai rasa yang sangat disukai anak-anak. Saya merupakan ibu yang tidak ingin memberikan masakan pre heated untuk keluarga saya.



Namun, saya juga memerlukan resepi masakan yang simple dan ringkas kerana kesibukan saya termasuk membersihkan rumah, menyiapkan anak-anak sekolah, mengajar di sekolah dan blogging. Oleh kerana itu, saya sentiasa mencari resepi yang mudah dan ringkas namun tetap mempunyai rasa yang lazat seperti Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple Dan Mudah ini.

Rempah masakan ayam chinese style ini adalah halia. Rempah ini memberikan rasa yang menakjubkan dan aroma yang s…

Nenek Kahwin Budak - Jawapan Nenek Rohaya Buat Suami Mudanya Mati Kutu

Setelah jadi pasangan suami isteri , tentunya momen yang paling indah bagi pasangan adalah malam pertama . Begitu juga yang terjadi antara Selamat ( 16 ) dan isteri Rohaya ( 71 ) selepas diijabkabul kelmarin pada 2 Jul 2017 dengan wang mas nya bernilai 200 juta rupiah .

Apabila ditanya tentang malam pertama , Nenek Rohaya kelihatannya malu tersipu-sipu diusik .

Sementara itu , Selamat menjawab soalan itu dalam nada bersahaja

" Masih belum melakukan " kata Selamat

Mendengar jawapan Selamat , lantas Nek Rohaya menjawab kembali

" Belum , dia ( Selamat ) takut sakit " jawab Rohaya sambil memandang Selamat bersahaja .

kalau dah jodoh , tidak ke mana ..
Namun dikhabarkan belum pun sempat usia pernikahan mereka seminggu , dikatakan pernikahan mereka dibatalkan pihak berkuasa tempatan . Menurut Ketua Jabatan Agama Wilayah Sumatera Selatan, Alfajri Jabidi, pihaknya telah menegur pegawai agama tempatan kerana membiarkan pernikahan itu berlangsung.

Menurutnya lagi mengikut und…

Makan Kurma Perlu Kena Cuci Tak? - Ketahui Sebab Kenapa & Mengapa.

Makan Kurma Perlu Kena Cuci Tak? - Ketahui sebab kenapa dan mengapa buah kurma perlu kena cuci dahulu sebelum di makan.

Bukan maksudnya kena sental dengan klorox - sabun - berus semua. Tapi macam cara kita basuh sayur ataupun buah.

Kakak ini berkongsi sebab kenapa kita kena cuci buah kurma sebelum makan.


Jadi lepas ni jangan lupa makan kurma tu kena cuci dulu okay. Jangan pulak terus masuk mulut. 

Senarai Universiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia

Senarai Universiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia
SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) MALAYSIA

1. Universiti Kebangsaan Malaysia

Alamat : Kampung Bangi, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Laman Web : http://www.ukm.my

2. Universiti Malaya

Alamat : Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Web : www.um.edu.my/

3. Universiti Putra Malaysia

Alamat : Jalan Upm, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Laman Web : http://www.upm.edu.my

4. Universiti Sains Malaysia

Alamat : 11800 Gelugor, Penang, Malaysia
Laman Web : https://www.usm.my

5. Universiti Teknologi Malaysia

Alamat : Pusat Pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia, Office of Corporate Affairs, UTM, 81310 Skudai, Johor, Malaysia
Laman Web : www.utm.my/

6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Alamat : Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia
Laman Web : www.iium.edu.my

7. Universiti Teknologi MARA

Alamat : 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Laman Web : www.uitm…

Selepas Butik, Bella Ammara Buka Spa Naarabelle Pula.

Selepas Butik, Bella Ammara Buka Spa Naarabelle Pula. | Pengasas butik Bella Ammara iaitu Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh pada Khamis melebarkan cabang peniagaannya dengan pembukaan pusat kecantikan Naarabelle Facespa. Sharifah Nabilla Al Yahya atau lebih mesra disapa Belle berkata, pembukaan pusat kecantikan ini juga dapat merialisasikan impiannya untuk berkongsi rahsia kecantikan wajah.

"Ramai yang bertanya saya tentang penjagaan dan produk yang saya gunakan supaya nampak sentiasa segar walaupun sibuk dengan kerja seharian.

"Jadi, apa salahnya saya menceburi satu lagi bidang perniagaan yang melibatkan penjagaan wajah dalam membantu wanita dan lelaki supaya sentiasa tampil menarik," ujarnya. Beliau ditemui pada majlis pelancaran pusat kecantikan Naarabelle Facespa di Setapak, di sini, pada Khamis. Turut hadir pada majlis tersebut ialah selebriti-selebriti tempatan seperti Mira Filzah, Raja Afiq, Ruhainies dan Tasha Mansahar.

Tambah Belle, perniagaan pusat kecantikan…

Senarai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pulau Pinang

Senarai Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Pulau Pinang | Di bawah ini adalah senarai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pulau Pinang. Anda boleh dapatkan maklumat mengenai alamat, nombor telefon dan nombor faksimili untuk di hubungi.
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut
25, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 Pulau Pinang, Tel : 604-2296546 / 604-2292942 Faks : 604-2293320 Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
Permatang Pasir, 13500 Permatang Pauh Tel: 604-3976310 Faxks 604-3979391 Tel Faks : 04-3979391 Web : http://www.ppdspt.net Emel : www.ppdut.net Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya
Jalan Permatang Tepi, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang, Tel : 604-8664500 Faks : 604-8666500 Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan
14200 sungai Jawi, seberang Perai Selatan, Pulau Pinang Tel : 604-5824580 / 604-5824569 Faks : 04-5824680 Web : http://e-pengurusanppdsps.blogspot.com/ Emel : ppdsel[@]streamyx.com Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara
Jalan Duta, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Uta…

Gambar Laporan Semasa Perhimpunan Bersih 5 & Gerakan Baju Merah

BERIKUT adalah laporan langsung yang dibawakan wartawan mStar Online di beberapa lokasi perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu: 5.30 petang: Perhimpunan Bersih di sekitar Jalan Ampang bersurai. Hujan mulai turun di kawasan berkenaan. 4.35 petang: Kumpulan baju merah di sekitar Jalan Raja Laut dilihat telah bersurai. Anggota polis dan FRU juga sudah beredar. 4.30 ptg: Situasi di sekitar Jalan Raja Laut tenang. Kumpulan baju merah dilihat telah bersurai. Namun anggota polis dan FRU kelihatan masih bertugas mengawal keadaan di sekitar ibu negara. 4.22 petang: Sebilangan besar penyokong di KLCC mula bersurai. Ada di antara mereka sempat berselfie dan memasuki pusat membeli-belah Suria KLCC. 4 petang: Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal memberi arahan kepada anak buahnya (peserta baju merah) untuk bersurai namun mereka tetap berkumpul di sekitar Jalan Raja Laut.
3.50 petang: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di KLCC ditemani …

Video Klip Wanita Terakhir Dari Fattah Amin Ini Pasti Mengujakan Anda.

Video Klip Wanita Terakhir Dari Fattah Amin Ini Pasti Mengujakan Anda. Masakan tidak, FA begitu kacak dan handsome di dalam klip video ini. Dia kelihatan begitu unggul untuk seorang lelaki yang menjadi idaman para wanita di luar sana.



Jom Tonton Klik Video Wanita Terakhir ini. Siapakah Wanita Terakhir di dalam hidup lelaki yang bernama Fattah Amin?

There are no words to contemplate,
the way i feel for you,
This love i have is deeper,
Than the whole pacific blue.
If i could paint a picture,
of what you mean to me,
then the picture that i painted,
would take eternity.
The three words that i say to you,
shall stay forever true.
As long as we're together,
i will always love you.- WT Eau De Parfum 1970 Limited Edition
A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on Mar 15, 2017 at 8:19am PDT

Berikut adalah komen para peminat mengenai klip video ini.

nanieyerinaSedihnya😭😭😭...tiba-tiba mata masuk habuk.nuhakhaimi😍💞💞💞💞💕😍izzatyy_@putrinatasharoslanwawarda99So sweetshahidah86,,,@hazeyraf…

20 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Yang Di Gilai Wanita

Tersenarai dibawah adalah 20 ciri-ciri lelaki idaman yang di gilai wanita yang perlu diketahui oleh lelaki untuk menilai sendiri tahap ketinggian kualiti mereka mengikut pandangan seorang wanita.


Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.

Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".

Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.

Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjau…

Terowong Karak Genting Sempah Akan Di Tutup 2 Bulan Bermula 10 Januari 2017

Terowong Karak Genting SempahAkan Di Tutup2 Bulan Bermula 10 Januari 2017


KUALA LUMPUR, 6 Jan - Terowong Genting Sempah akan ditutup sementara selama 60 hari mulai jam 8 pagi sehingga 5 petang bermula Selasa ini bagi memberi ruang untuk kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan dalam terowong tersebut.

"Laluan hala barat akan ditutup kepada lalu lintas bermula 10 Jan hingga 16 Feb manakala arah timur akan ditutup bermula 20 Feb hingga 22 Mac", kata ANIH dalam satu kenyataan.

"Laluan akan dibuka seperti biasa dari 6 petang hingga 7 pagi," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah akan diaktifkan sepanjang tempoh penyelenggaraan itu.

"Kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam," kata kenyataan itu.

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya …