Sunday, 26 February 2017

Resipi Masakan Ayam Berkuah Simple dan Mudah

Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple dan Mudah. Hari ini saya akan cuba resepi ayam masak halia berkuah chinese style yang paling simple. Walaupun saya sudah lelah setelah bekerja seharian, saya tetap perlu memasak untuk anak-anak. Resepi ayam masakan ini saya pilih kerana sangat simple dan hanya memerlukan masa 5 minit. Walaupun mudah dan ringkas, resepi ayam masak halia yang simple dari chef hanieliza ini mempunyai rasa yang sangat disukai anak-anak. Saya merupakan ibu yang tidak ingin memberikan masakan pre heated untuk keluarga saya.



Namun, saya juga memerlukan resepi masakan yang simple dan ringkas kerana kesibukan saya termasuk membersihkan rumah, menyiapkan anak-anak sekolah, mengajar di sekolah dan blogging. Oleh kerana itu, saya sentiasa mencari resepi yang mudah dan ringkas namun tetap mempunyai rasa yang lazat seperti Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple Dan Mudah ini.

Rempah masakan ayam chinese style ini adalah halia. Rempah ini memberikan rasa yang menakjubkan dan aroma yang sangat menyelerakan untuk setiap masakan. Halia merupakan rempah yang paling sering digunakan dalam masakan Asia. Oleh kerana itu, anda pasti akan mendapati banyak resepi di blog ini yang menggunakan halia sebagai rempah seperti resepi ayam percik.

Resepi masakan ini dapat dengan mudah kita dapati di setiap restauran. Bahkan, ini merupakan resepi wajib yang selalu kami pesan setiap makan di restauran. Kami selalu memesan ayammasak halia bersama ayam paprik. Pada masa ini saya akan memasak ayam halia berkuah ini untuk keluarga saya. Jika anda ingin cuba resepi ayammasak halia chinese style yang simple seperti ini, jom ikuti resepi ini.

Bahan-bahan Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple Dan Mudah :

2 dada ayam
1 cili hijau segar (boleh digantikan dengan 7 cili padi)
1 bawang
3 inci halia
1 sudu kecil tepung jagung
2 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram
gajus

Cara Resepi Masakan Ayam Berkuah Simple:

1. Potong ayam kepada kepingan kecil
2. Hiris cili hijau, bawang dan halia.
3. Masukkan minyak masak ke dalam kuali, tumis bawang dan halia sehingga wangi. Masukkan potongan ayam lalu kacau hingga merata.
5. Apabila ayam setengah masak, masukkan sos tiram, tepung jagung yang sudah dicampur dengan air.
6. Tambah garam dan secubit gula secukup rasa, gajus dan taburkan hirisan cili. Kemudian kacau hingga merata.
7. Setelah ayam masak, sajikan ke dalam mangkuk

Ayam masak halia berkuah ala chef Hanieliza yang sedap dan lazat ini sedia untuk dimakan. Jika anak-anak Anda suka masakan ayam, Anda wajib cuba masak ayam masak merah dengan resepi ini

Sumber: tabooprincess.com

Aida Natasya

Ketika informasi berada di hujung jari. Kebenaran pasti akan menutupi kebatilan yang merajai hati dan fikiran yang di rasuki oleh kejahilan tingkat tinggi.


Disclaimer : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang di paparkan di sini. Segala komen adalah tertakluk kepada pemberi komen. Mana-mana komen yang di sifatkan menyalahi undang-undang akan di remove serta merta.