Larangan Duduk Couple Seat di Panggung Wayang Hanya Untuk Orang Islam Sahaja

Larangan Duduk Couple Seat di Panggung Wayang Hanya Untuk Orang Islam Sahaja - via Seoulistic.com


SERI ISKANDAR – Tiket kerusi pasangan atau ‘couple seat’ hanya tidak boleh dijual kepada pasangan yang beragama Islam yang belum berkahwin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata arahan itu sekaligus tidak terpakai kepada pengunjung pawagam yang beragama Islam.

Majlis Daerah Perak Tengah mengeluarkan notis dua tahun lalu kepada Lotus Five Star (LFS) Cinema di D’Mall memandangkan pawagam itu terletak dalam masyarakat yang kebanyakannya beragama Islam.

Ia termasuk adanya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kawasan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Mad Dan Hassan berkata notis itu telah dikeluarkan kepada pawagam pada 26 September 2013 selepas diputuskan dalam mesyuarat penuh lembaga hampir dua tahun lalu.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai atau pun pawagam, dan kami juga tidak mengeluarkan apa-apa tindakan ke atas pawagam jika ia melanggar notis itu,” katanya.

Tiga pawagam LFS lain di Ipoh, Kampar dan Parit Buntar bagaimanapun tidak memaparkan notis tersebut.

Jurucakap LFS berkata, beliau tidak faham mengapa isu itu digembar-gemburkan sedangkan notis itu telah berada di situ selama dua tahun yang lalu.

Beliau berkata, tiada aduan daripada pelanggan Islam apabila diberitahu bahawa kerusi pasangan itu hanya untuk pasangan suami isteri.
Previous
Next Post »

LAZADA BUAT SALE LAGIIII