Resipi Ayam Masak Halia Ala Thai

Jom kita layan resepi ayam masak halia ala thai simple dan sedap dibawah ini.  Resipi berkaitan ayam adalah antara resipi yang paling banyak orang share dan aplikasikan
Resipi ayam masak halia - via Resepi Ayam


Jom kita layan resepi ayam masak halia ala thai simple dan sedap dibawah ini.

Resipi berkaitan ayam adalah antara resipi yang paling banyak orang share dan aplikasikan dalam makanan seharian. Kali ini kami akan kongsikan bagaimana nak buat resipi ayam masak halia yang mudah dan simple ini.

Bahan-Bahan

200 gm isi ayam dihiris
1 inci halia dihiris panjang
2 ulas bawang putih dihiris panjang
1/2 labu bawang besar dihiris panjang
1/2 biji capsicum dihiris panjang
4 biji cendawan hitam direndam dan dihiris nipis
1 tangkai daun ketumbar dihiris halus
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Masak Ayam Masak Halia Ala Thai

Tumis bawang putih hingga perang.
Masukkan ayam dan masak hingga berwarna kuning mengkilap.
Masukkan halia, cendawan dan carrot. Gaul hingga rata.
Masukkan sos ikan, sos tiram, lada hitam dan sedikit air. Masak 2-3 minit.
Tuang bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar hingga kuah menjadi pekat.
Masukkan bawang dan capsicum. Gaul hingga rata.
Padamkan api dan angkat.

Mudah kan buat resepi ayam masak halia ala thai? Bila nak lebih sedap lagi boleh tabur hirisan daun ketumbar dan hidangkan bersama nasi panas.

Terima kasih dah melawat disini. Semoga boleh membantu anda mencari idea nak masak apa dan semoga berjaya.
Previous
Next Post »

LAZADA BUAT SALE LAGIIII