<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <ins class="adsbygoogle" style="display:block; text-align:center;" data-ad-layout="in-article" data-ad-format="fluid" data-ad-client="ca-pub-1941815057951554" data-ad-slot="3403928470"></ins> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); </script>

Tunku Aminah Akan Berkahwin Pada 14 Ogos 2017.

Tunku Tun Aminah akan berkahwin pada 14 Ogos

Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.









Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli, berkata istiadat meletak kerja akan diadakan pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja.

Katanya, istiadat pertunangan akan diadakan jam 10 pagi pada 14 Ogos di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah manakala istiadat persandingan pada 8 malam di Bilik Singgahsana Istana Besar.

Datuk Abd Rahim berkata, majlis bersiram akan diadakan pada 15 Ogos di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin Diraja akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.

Majlis perkahwinan akan dilangsungkan secara tertutup.

Tunku Tun Aminah, 31, yang juga Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah puteri tunggal daripada enam beradik, manakala pasangannya Dennis Muhammad, 28, yang berasal dari Lisse, Amsterdam, Belanda memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru.



Sebelum
Next Post »

1 comments:

Write comments
14 December 2017 at 21:04 delete

memang cantik puteri di raja johor ni...

Reply
avatar