<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script> <ins class="adsbygoogle" style="display:block; text-align:center;" data-ad-layout="in-article" data-ad-format="fluid" data-ad-client="ca-pub-1941815057951554" data-ad-slot="3403928470"></ins> <script> (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); </script>

Resipi Tomyam Berkuah Pekat Di Kedai Tomyam

Resipi Tomyam Berkuah Pekat Di Kedai Tomyam. Hari ini kami nak kongsikan resipi tomyanm yang pekat dan sedap seperti yang di jual di kedai-kedai tomyam Thailand. Anda boleh cuba hasilkan sendiri di rumah berdasarkan bahan-bahan yang kami berikan dan cara yang kami ajarkan.

Gambar : Azhan.co

Bahan-Bahan Yang Di Perlukan Untuk Resipi Tomyam Berkuah Pekat

1 paket perencah tomyam
1 kiub pati tomyam

Bahan kisar :

2 ulas bawang merah
1 biji tomato
5 batang cili padi
1 batang serai
Lengkuas atau Halia (secukup rasa)

6-7 batang cili padi (kalau nak lagi pedas, letak lebih )
- di belah dua atau ketuk je.
2 batang serai(dititik)
Halia (dihiris)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 biji tomato-belah 4
4 daun limau purut

Ayam / Udang / Sotong

Bunga Kubis
Carrot
Jagung kecil atau sayur-sayuran lain.
Air
Garam


Cara Buat Tomyam Berkuah Pekat:

* Kisar 2 ulas bawang merah , 1 batang serai, 1 biji tomato, halia dan 5 batang cili padi.
* Masukkan air untuk buat kuah.
* Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 paket perencah tomyam.
* Masukkan carrot sampai setengah empuk.
* Kemudian, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar, garam, dan kiub pati tomyam.
* Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.- untuk udang dan sotong, Cik Rose didihkan asing. Cik Rose masukkan udang dan sotong yang dah masak, ke dalam tomyam. Sebab tak nak air udang dan sotong mengganggu rasa tomyam.
* Rasa, dan siap di makan!


Sebelum
Next Post »