Skip to main content

Posts

Showing posts from January 17, 2017

Trending

Tunku Aminah Akan Berkahwin Pada 14 Ogos 2017.

Dera Anak Sendiri. Mak Ayah Jenis Apa Ni?

Dera Anak Sendiri. Mak Ayah Jenis Apa Ni? Suami isteri yang juga ibu dan bapa tiri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuan mereka berusia sembilan tahun dalam kejadian berasingan pada 8 dan 9 Januari lalu.

Tertuduh, Sri Anum Hassan, 26, dan suaminya, Muhd Aideel Fadros Rosli, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kertas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Berdasarkan pertuduhan itu, Sri Anum didakwa menganiayai anak perempuannya yang berusia sembilan tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal pada 3 petang, 8 Januari lalu.

Pada pertuduhan berasingan, Muhd Aideel Fadros yang juga peniaga kek dalam talian berdepan tuduhan sama dengan melakukannya pada 11 malam, 9 Januari lalu.

Mereka didakwa melakukannya di rumah di Jalan Bukit Kempas 1/7, Taman Bukit Kempas di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 …

Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Realiti Show

Anuar Zain Tolak Tawaran Jadi Juri Realiti Show | Penyanyi Anuar Zain mengakui terpaksa menolak tawaran menjadi juri dan pengkritik dalam program realiti kerana tidak mempunyai ilmu yang luas dalam bidang nyanyian.

Menurut Anuar, 47, dia bukan individu yang sepatutnya berada di kerusi itu kerana masih ramai penyanyi lain yang lebih berkelayakan.


"Dahulu saya pernah menjadi pengkritik jemputan program Akademi Fantasia dah Malaysian Idol. Selepas itu tidak pernah lagi kerana berasakan saya memang tak sesuai.

"Saya belum cukup ilmu untuk mengkritik atau membetulkan nyanyian seseorang. Lagi pun saya bertahan dalam industri sehingga hari ini berdasarkan pengalaman yang ada," katanya kepada Harian Metro.

Anuar berkata sehingga sekarang dia masih mendapat tawaran menjadi juri dan pengkritik.

"Bukan bidang saya untuk melakukan semua ini. Biarlah yang pakar menggalas tanggungjawab ini,” katanya.

Pada masa sama, Anuar menjelaskan dia masih menetapkan harga sama bagi menjayak…