Skip to main content

Posts

Showing posts from June 13, 2017

Trending

Tunku Aminah Akan Berkahwin Pada 14 Ogos 2017.

Ajaran SESAT Dari Indonesia! Seks Songsang Tidak Haram - Prof Siti Musdah Mulia

ISLAM tidak boleh bergantung kepada hukum akal dan populariti semata-mata memandangkan kita menjadikan Al Quran dan Hadis Nabi sebagai panduan kita. Tindakan beberapa pihak cuba mengubah kandungan AlQuran dan Hadis Nabi bagi menyesuaikannya dengan nafsu songsang sesetengah golongan amat dikesali.

Profesor Dr Siti Musdah Mulia cuba melawan arus apabila mengeluarkan kenyataan bahawa tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran.

Beliau dilihat cuba merosakan akidah umat Islam dengan mengatakan yang prinsip Islam itu sendiri adalah ‘rahmatan lil alamin’ (rahmat untuk seluruh alam). Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

“Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab,…

Larangan Duduk Couple Seat di Panggung Wayang Hanya Untuk Orang Islam Sahaja

SERI ISKANDAR – Tiket kerusi pasangan atau ‘couple seat’ hanya tidak boleh dijual kepada pasangan yang beragama Islam yang belum berkahwin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata arahan itu sekaligus tidak terpakai kepada pengunjung pawagam yang beragama Islam.

Majlis Daerah Perak Tengah mengeluarkan notis dua tahun lalu kepada Lotus Five Star (LFS) Cinema di D’Mall memandangkan pawagam itu terletak dalam masyarakat yang kebanyakannya beragama Islam.

Ia termasuk adanya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kawasan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Mad Dan Hassan berkata notis itu telah dikeluarkan kepada pawagam pada 26 September 2013 selepas diputuskan dalam mesyuarat penuh lembaga hampir dua tahun lalu.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai atau pun pawagam, dan kami juga tidak mengeluarkan apa-apa tindakan ke at…